“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” Al-Qadr:1-5
Keistimewaan Lailatul Qadar
Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkata, "Allah telah memuliakan Al-Quran dimalam ini, dan ditambahnya dengan maqam yang mulia, iaitu kedudukan dan kemuliaannya yang sangat banyak dari kebaikan dan kelebihan dari 1,000 bulan. Apa-apa ketaatan dan ibadah didalamnya menyerupai 1,000 bulan yg bukan Lailatul Qadar. 1,000 bulan ini menyamai 83 tahun 4 bulan. Hanya di satu malam ini lebih baik dari umur seseorang yang menghampiri 100 tahun, jika tambah berapa tahun beliau baligh dan dipertanggung jawabkan."
“Dan pada malam itu turunnya Malaikat-malaikat dengan Rahmat Allah dengan kesejahteraan dan barakahnya, dan kesejahteraanya melimpah sehingga ke terbit fajar. Dalam As-Sunnah, banyak hadis-hadis yang memperkatakan mengenai keutamaan Lailatul Qadar ini, dan memerintah mencarinya pada 10 malam terakhir seperti dalam Sahih Bukhari dari Hadis Abu Hurarirah :"Barangsiapa yang berqiam di malam Al-Qadar dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh maka telah diampunkannya apa yang telah lalu dari dosanya" (Riwayat Bukhari didalam Kitab Al-Saum).
Rasulullah saw telah memberi amaran kepada sesiapa yang lalai dan tidak perihatin mengenai malam tersebut, iaitu menghalang orang Islam tersebut dari menerima kebaikannya dan ganjarannya, berkata para sahabat, yang telah dinaungi mereka bulan Ramadan : "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kamu, di dalamnya mengandungi malam yang lebih baik dari 1,000 bulan, sesiapa yang memuliakannya maka beliau akan dimuliakan kebaikan semua perkara, dan sesiapa yang tidak memuliakannya maka kebaikannya akan dihalang" (Riwayat Ibnu Majah dari Hadis Anas, isnad Hassan sebagaimana didalam Sahih Jaami' Al-Saghir san tambahanya - 2247).
Bilakah ia akan berlaku?
Menurut Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi : "Dari Abi Said bahwa Rasulullah saw, pada pagi hari yg ke 20 berkata kepada mereka, sabdanya "Sesungguhnya aku telah melihat Lailatul Qadar kemudian melupakannya - atau melupakannya - maka carilah ia dimalam 10 terakhir dan harihari ganjil (witr) (Muttafaq 'alaih). Didalam riwayat lain ada mengatakan :"Carilah ia dimalam-malam ganjil". Tambah beliau : "Maknanya, sesiapa yang beriktikaf di masjid, dan melakukannya pada malam-malam witir seperti didalam hadis, contohnya malam-malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Jika kedatangan Ramadan berbeza, seperti yang kita lihat pada masa ini dimana kedatangan Ramadan berbeza diantara negara-negara, baik dari segi malam-malam ganjilnya, maka eloklah di peruntukan mencari Lailatul Qadar pada kesemua 10 malam terakhir."
Sheikh Dr Yusuf Qardhawi pula mengatakan terdapat juga pelbagai-bagai alamat seperti cahayanya merah kelemah-lemahan dan pada malam itu hujan dan berangin-angin, tiada berbau dan tiada sejuk sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz didalam Fath Bari.
Kata Al-Qardhawi lagi bahawa : "Semua alamat-alamat ini tidak memberi kepastian mengenainya, tidak mungkin ia berulang-ulang, kerana Malam Al-Qadar berbeza-beza cuacanya didalam pelbagai negara, berbeza-beza waktu didalamnya, ia mungkin dijumpai disebuah negara Islam yang tidak putus hujannya, dan kemungkinan di negara lain yg keluarga bersolat istisqo' yang berdepan dengan kemarau, dan negara-negara berbeza dari segi kepanasan dan kesejukannya, naik matahari dan turunnya, kuat atau lemah pancarannya, maka mustahil untuk mendapat titik pertemuan ini. Kajian ulama' mengatakan : boleh di ambil malam-malam yang tertentu Lailatul Qadar itu dari sebahagian manusia, ia hanya kelihatan kepada dia seorang sahaja sebagai dia seorang melihatnya, atau menerima mimpi didalam tidur, atau berlaku (karamah) keajaiban yang luar biasa, berlaku tanpa selainnya.
Apakah malam ini khusus bagi mereka-mereka yang alim-alim sahaja, atau bolehkah kita sebagai orang awam mengambil berkat malam tersebut? Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi mengatakan bahawa ia adalah malam kepada semua orang benar-benar inginkannya. Kata beliau: "Maka Malam al-Qadar ialah malam umum untuk semua yang menuntutnya, yang inginkan kebaikan dan ganjarannya, dan apa yang disisi Allah di dalamnya, itulah malam ibadat dan malam ta’at, dan bersolat, bertilawah, berdo'a, bersedekah, menjalinkan perhubungan, beramal soleh, dan melakukan kebaikan-kebaikan."
Apakah yang harus kita lakukan? Sheikh Dr Yusuf Al-Qadhawi menambah : "Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : Bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiamullail. Didalam Sahih diriwayatkan Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Othman, Sahih Jaami' Saghir - 6341).
Sheikh Atiyah Saqr berkata, "Hidupkannya dengan bersolat, membaca Al-Quran, berzikir, beristigfar dan berdo'a dari terbenam matahari sehingga terbit fajar, dan hidupkan ARamadan dengan bersolat terawikh didalamnya. Tiba sebuah riwayat yang mengatakan :"Barangsiapa yang bersolat Magrib dan Isya' di hari akhir iaitu di malam Al-Qadar secara berjemaah, ia telah diberi keuntungan dari Lailatul Qadar". Berkata A'isyah r.h "Ya Rasulullah di waktu Lailatul Qadar, apakah yang harus aku katakan : Katakalah : "Ya Allah sesungguhnya kamu pengampun dan suka kepada pengampunan, maka ampunkanlah ku". Di dalam hadis Ibnu Abbas bahawa turunnya malaikat itu, yang melalui mereka-mereja yang qiam/solat, duduk, bersolat, berzikir, berdo'a dan memohon ampun kepadanya, melainkan empat golongan : orang mabuk arak, ibu bapa yang tidak bersyukur, memutuskan silaturrahim dan mereka yang selalu berbalah."
Kesimpulan
Lailatul Qadar merupakan suatu malam yang padanya Allah swt telah menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah secara total (satu Al-Quran), kemudian diturunkan kepada Rasulullah saw peringkat demi peringkat selama 23 tahun. Dimalam ini jugalah Allah swt akan memberi ganjaran kepada mereka yang beramal melebihi kebaikan seribu bulan. Allah swt telah memuliakan malam ini dengan memberi Lailatul Qadar. Ulama mengatakan amatlah rugi sekali sesiapa yang melepaskan peluang ini. Rasulullah saw merupakan manusia pertama diberi keistimewaan melihat peristiwa Lailatul Qadar. Ulama mempunyai pelbagai pandangan mengenai bila terjadinya malam tersebut, walaubagaimana pun ia merupakan satu motivasi kepada umat Islam agar beramal dari awal bulan puasa sehinggalah akhirnya. Malah digalakkan mempertingkatkan amalan-amalan mereka pada 10 Ramadan terakhir. Lailatul Qadar adalah malam utama kepada umat Muhammad saw sebagaimana Malam Isra' dan Mi'raj merupakan malam utama kepada Nabi saw.
Semoga Allah menerima ibadat puasa kita. Insyaallah. Amin. Wallau'alam.¶
“Dan pada malam itu turunnya Malaikat-malaikat dengan Rahmat Allah dengan kesejahteraan dan barakahnya, dan kesejahteraanya melimpah sehingga ke terbit fajar. Dalam As-Sunnah, banyak hadis-hadis yang memperkatakan mengenai keutamaan Lailatul Qadar ini, dan memerintah mencarinya pada 10 malam terakhir seperti dalam Sahih Bukhari dari Hadis Abu Hurarirah :"Barangsiapa yang berqiam di malam Al-Qadar dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh maka telah diampunkannya apa yang telah lalu dari dosanya" (Riwayat Bukhari didalam Kitab Al-Saum).
Rasulullah saw telah memberi amaran kepada sesiapa yang lalai dan tidak perihatin mengenai malam tersebut, iaitu menghalang orang Islam tersebut dari menerima kebaikannya dan ganjarannya, berkata para sahabat, yang telah dinaungi mereka bulan Ramadan : "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kamu, di dalamnya mengandungi malam yang lebih baik dari 1,000 bulan, sesiapa yang memuliakannya maka beliau akan dimuliakan kebaikan semua perkara, dan sesiapa yang tidak memuliakannya maka kebaikannya akan dihalang" (Riwayat Ibnu Majah dari Hadis Anas, isnad Hassan sebagaimana didalam Sahih Jaami' Al-Saghir san tambahanya - 2247).
Bilakah ia akan berlaku?
Menurut Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi : "Dari Abi Said bahwa Rasulullah saw, pada pagi hari yg ke 20 berkata kepada mereka, sabdanya "Sesungguhnya aku telah melihat Lailatul Qadar kemudian melupakannya - atau melupakannya - maka carilah ia dimalam 10 terakhir dan harihari ganjil (witr) (Muttafaq 'alaih). Didalam riwayat lain ada mengatakan :"Carilah ia dimalam-malam ganjil". Tambah beliau : "Maknanya, sesiapa yang beriktikaf di masjid, dan melakukannya pada malam-malam witir seperti didalam hadis, contohnya malam-malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Jika kedatangan Ramadan berbeza, seperti yang kita lihat pada masa ini dimana kedatangan Ramadan berbeza diantara negara-negara, baik dari segi malam-malam ganjilnya, maka eloklah di peruntukan mencari Lailatul Qadar pada kesemua 10 malam terakhir."
Apakah alamat-alamat Lailatul Qadar?
Menurut Sheikh Abdul Khaliq Al-Sharrif[9] bahawa tanda-tanda Lailatul Qadar akan ditunjukkan pada pagi harinya matahari akan memancar dan cuacanya yang agak sejuk. Sheikh Saleh Munajjid pula mengatakan bahawa matahari yang keluar itu tidak memancarkan cahaya.Sheikh Dr Yusuf Qardhawi pula mengatakan terdapat juga pelbagai-bagai alamat seperti cahayanya merah kelemah-lemahan dan pada malam itu hujan dan berangin-angin, tiada berbau dan tiada sejuk sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz didalam Fath Bari.
Kata Al-Qardhawi lagi bahawa : "Semua alamat-alamat ini tidak memberi kepastian mengenainya, tidak mungkin ia berulang-ulang, kerana Malam Al-Qadar berbeza-beza cuacanya didalam pelbagai negara, berbeza-beza waktu didalamnya, ia mungkin dijumpai disebuah negara Islam yang tidak putus hujannya, dan kemungkinan di negara lain yg keluarga bersolat istisqo' yang berdepan dengan kemarau, dan negara-negara berbeza dari segi kepanasan dan kesejukannya, naik matahari dan turunnya, kuat atau lemah pancarannya, maka mustahil untuk mendapat titik pertemuan ini. Kajian ulama' mengatakan : boleh di ambil malam-malam yang tertentu Lailatul Qadar itu dari sebahagian manusia, ia hanya kelihatan kepada dia seorang sahaja sebagai dia seorang melihatnya, atau menerima mimpi didalam tidur, atau berlaku (karamah) keajaiban yang luar biasa, berlaku tanpa selainnya.
Apakah Lailatul Qadar untuk orang awam dan apa yang harus kita amalkan?
Apakah malam ini khusus bagi mereka-mereka yang alim-alim sahaja, atau bolehkah kita sebagai orang awam mengambil berkat malam tersebut? Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi mengatakan bahawa ia adalah malam kepada semua orang benar-benar inginkannya. Kata beliau: "Maka Malam al-Qadar ialah malam umum untuk semua yang menuntutnya, yang inginkan kebaikan dan ganjarannya, dan apa yang disisi Allah di dalamnya, itulah malam ibadat dan malam ta’at, dan bersolat, bertilawah, berdo'a, bersedekah, menjalinkan perhubungan, beramal soleh, dan melakukan kebaikan-kebaikan."
Apakah yang harus kita lakukan? Sheikh Dr Yusuf Al-Qadhawi menambah : "Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : Bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiamullail. Didalam Sahih diriwayatkan Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Othman, Sahih Jaami' Saghir - 6341).
Sheikh Atiyah Saqr berkata, "Hidupkannya dengan bersolat, membaca Al-Quran, berzikir, beristigfar dan berdo'a dari terbenam matahari sehingga terbit fajar, dan hidupkan ARamadan dengan bersolat terawikh didalamnya. Tiba sebuah riwayat yang mengatakan :"Barangsiapa yang bersolat Magrib dan Isya' di hari akhir iaitu di malam Al-Qadar secara berjemaah, ia telah diberi keuntungan dari Lailatul Qadar". Berkata A'isyah r.h "Ya Rasulullah di waktu Lailatul Qadar, apakah yang harus aku katakan : Katakalah : "Ya Allah sesungguhnya kamu pengampun dan suka kepada pengampunan, maka ampunkanlah ku". Di dalam hadis Ibnu Abbas bahawa turunnya malaikat itu, yang melalui mereka-mereja yang qiam/solat, duduk, bersolat, berzikir, berdo'a dan memohon ampun kepadanya, melainkan empat golongan : orang mabuk arak, ibu bapa yang tidak bersyukur, memutuskan silaturrahim dan mereka yang selalu berbalah."
Kesimpulan
Lailatul Qadar merupakan suatu malam yang padanya Allah swt telah menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah secara total (satu Al-Quran), kemudian diturunkan kepada Rasulullah saw peringkat demi peringkat selama 23 tahun. Dimalam ini jugalah Allah swt akan memberi ganjaran kepada mereka yang beramal melebihi kebaikan seribu bulan. Allah swt telah memuliakan malam ini dengan memberi Lailatul Qadar. Ulama mengatakan amatlah rugi sekali sesiapa yang melepaskan peluang ini. Rasulullah saw merupakan manusia pertama diberi keistimewaan melihat peristiwa Lailatul Qadar. Ulama mempunyai pelbagai pandangan mengenai bila terjadinya malam tersebut, walaubagaimana pun ia merupakan satu motivasi kepada umat Islam agar beramal dari awal bulan puasa sehinggalah akhirnya. Malah digalakkan mempertingkatkan amalan-amalan mereka pada 10 Ramadan terakhir. Lailatul Qadar adalah malam utama kepada umat Muhammad saw sebagaimana Malam Isra' dan Mi'raj merupakan malam utama kepada Nabi saw.
Semoga Allah menerima ibadat puasa kita. Insyaallah. Amin. Wallau'alam.¶
No comments:
Post a Comment